Pages

Friday, September 17, 2010

Solat tasbih :)


assalamualaikum

tadi ke masjid dgn hati berbunga-bunga.
kenapa oh kenapa?
selalu mcm ni namun hari ini special.
*ehehe

dekat masjid tadi, ada solat tasbih selepas isyak.
namun keruan-keruan juga
"macam mana solat tasbih ni ma (mama)?"
"nanti depa terang, jgn ribut-ribut"
*eh mak ni, dah terer berindonesia nampaknya

tapi dan tapi
itu bukan masalah besar negara indonesia mahupon malaysia.
tapi cara solat tasbih !

mengikut imam tadi,
1. kalau dilakukan waktu siang satu salam saja dan jika dilakukan waktu malam dua salam.
2. bilangan solat tasbih adalah 4 rakaat ye anak-anak.

*adalah diperintahkan kpd kita utk mengerjakan sehari sekali
kalau tak, sekali dalam satu jumaat
kalau tak juga, sekali dalam sebulan
kalau tak lagi, sekali dalam setahun
kalau paling tak, sekali seumur hidup!

oh. rasa bertuahnya diri terpanggil ke masjid tadi. :)

3. Lafadz niatnya adalah sebagai berikut :
"Usholli sunnatat tasbiihi rok'ataini lillahi ta'ala."

Sahaja aku sembahyang sunnat tasbih empat rakaat kerana Allah Ta'ala

4. setiap satu rakaat kita baca 75 x tasbih. 4 rakaat menjadikannya 300 tasbih

Bacaan tasbih dalam satu rakaat ialah:
1. selepas baca doa Iftitah, al-Fatihah dan surah, kita baca 15 kali tasbih
2. rukuk - 10 kali tasbih
3. iktidal - 10 kali tasbih
4. sujud - 10 kali tasbih
5. duduk antara 2 sujud - 10 kali tasbih
6. sujud semula - 10 kali tasbih
7. duduk sebentar sebelum berdiri semula/selepas tahiyat awal @ akhir - 10 kali tasbih

Bacaan tasbih itu ialah :


jadi jumlah tasbih dalam satu rakaat adalah 75 tasbih
dan jika 4 rakaat jadi?
hehe. mesti lah 300 tasbih! :)

DOA SELEPAS SOLAT TASBIH



dan berdasarkan hadis Rasullulah saw,
solat tasbih ni dapat menghapuskan dosa yg bertepatan
dengan rakaat solat ni!

1. Dosa yang awal
2. Dosa yang akhir
3. Dosa yang lama
4. Dosa yang baru
5. Dosa yang tidak sengaja
6. Dosa yang sengaja
7. Dosa yang kecil
8. Dosa yang besar
9. Dosa yang tersembunyi
10. Dosa yang terang-terangan

hehe. banyak kan banyak kan?
sekian. wallahualam :)