Ya Allah….
Aku berdoa untuk seorang lelaki yang menjadi sepenuhnya hidupku
Seorang yang sungguh mencintai-Mu lebih dari segala sesuatu
Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri, tetapi untuk-Mu
Dan mengetahui bagi siapa dan untuk siapa ia hidup,
Sehingga hidupnya tidaklah sia-sia
Seorang yang memiliki hati bijak bukan hanya otak yang cerdas,
Seseorang yang tidak hanya memujaku, tetapi dapat juga menasihatiku bila salah,
Seorang lelaki yang mencintaiku bukan kerana kecantikanku, tetapi kerana hatiku,
Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam tiap waktu dan situasi
Seorang lelaki yang dapat membuatku merasa dihargai sebagai seorang wanita kala berada di sisinya,
Aku tidak mem
inta seorang lelaki yang sempurna,
Namun aku meminta seorang lelaki yang tidak sempurna
sehingga aku dapat membuatnya
sempurna
di mata-Mu