assalamualaikum
maaf. ini merupakan satu entri dimana
ingin menyatakan hasrat hati,
bukan hanya sekadar kata-kata,
tapi juga utk mengingati sahabat,
dan lebih lagi pd diri sendiri.
kadangkala, kita sebagai insan,
punyai satu perasaan, iaitu
terlalu mengambil berat akan sesuatu,
terlalu sayang,
terlalu kisah,
terlalu ingin tahu,
hingga satu saat jika sesuatu tidak kena
pada tempatnya, buat kita terlalu sedih,
terlalu berduka,
terlalu terasa hati,
akibat terlampau menyayangi.
kadangkala, dirasakan perkara ini,
sbg satu bentuk pengharapan,
yg memberi harapan, yg diberi harapan,
mainan perasaan,
hati terpaut, secara sedar atau tidak sedar,
terluka, berdarah dalam diam.
bila keadaan ini berlaku,
acapkali saya fikirkan kembali,
dimana kepentingan kita utk terlalu menyayangi?
benarkah ianya pada satu tempat yg sepatutnya?
maaf. peringatan utk diri.